Monday, October 21, 2013

LATIHAN UNIT 1.2

ASSALAMUALAIKUM

Cikgu sangat berbesar hati ingin memberikan anak murid cikgu latihan agar murid-murid cikgu lebih faham tentang topik yang dipelajari.

Soalan latihan
1-Senaraikan dan terangkan kaedah pengumpulan data
2-Senaraikan 3 kaedah pencetusan idea secara semula jadi
3-Terangkan 7 kaedah berfikir  pencetusan idea secara terancang.

tugsan perlulah dihantar pada 29/10/2013
ke alamat email cikgu
mgjakaria@yahoo.com

Terima kasih anak murid cikgu


Sunday, April 28, 2013


RPH


Definisi Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakanlebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran.Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untukmengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apayang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan inisangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajarankepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telahmembuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan RancanganTahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan PengajaranHarian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif,kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.